Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

9 Contoh Produk Yang Boleh Dijual Di Shopee!

Salam hormat, Apa khabar? Semoga anda senantiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih kerana sudi membaca artikel-artikel saya berkenaan bisnes di shopee. Saya mendapat banyak soalan berkaitan bisnes di shopee. Alhamdulillah, ramai yang mulai faham tentang bisnes di Shopee ni. Hakikatnya, semua orang boleh mulakan bisnes di Shopee. Tahukah anda, meskipun jumlah peniaga di Shopee meningkat saban hari, Jualan produk di Shopee & Lazada masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Purata rakyat Malaysia melebihi 30 juta orang manakala peniaga di Shopee& Lazada ada berapa kerat je jika dibandingkan dengan pengguna Shopee. Oleh yang demikian, saya tidak takut & runsing untuk berkongsi ilmu ini di dalam artikel-artikel yang telah saya kongsikan sebelum ini. Ramai juga yang salah faham tentang konsep bisnes di Shopee. Mereka berpendapat, untuk memulakan bisnes di Shopee memerlukan modal yang besar dan mustahil jika tidak memiliki produk sendiri