Salah satu kaedah yang digunakan oleh peniaga di Shopee adalah kaedah pre-order. Dengan teknik ini, anda boleh pelbagaikan produk jualan di Shopee. Sebagai contoh, seorang jururawat bernama Cik Hasnita berjaya buat jualan melebihi RM12 Ribu dalam masa 3 bulan, hanya dengan menjual produk pre-order. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, ingin saya terangkan dengan lebih terperinci, apa itu 'preorder', konsep preorder dan lain-lain lagi. Apa itu Pre-order?.. Preorder adalah salah satu teknik dropship namun tempoh penghantaran mengambil masa yang lebih lama. Ini kerana kebanyakan produk pre-order kebanyakannya d diimport dari China. Kebiasaannya, produk preorder di ambil dari laman jualan online di China iaitu taobao.com. Sebagai contoh, berikut adalah beberapa harga produk di laman taobao.com. Mitos Berkenaan Produk Import China.. Di zaman serba canggih ni, masih ramai yang berfikiran skeptikal bahawa untuk membeli produk da...