Salam hormat, Apa khabar? Semoga anda senantiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih kerana sudi membaca artikel-artikel saya berkenaan bisnes di shopee. Saya mendapat banyak soalan berkaitan bisnes di shopee. Alhamdulillah, ramai yang mulai faham tentang bisnes di Shopee ni. Hakikatnya, semua orang boleh mulakan bisnes di Shopee. Tahukah anda, meskipun jumlah peniaga di Shopee meningkat saban hari, Jualan produk di Shopee & Lazada masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Purata rakyat Malaysia melebihi 30 juta orang manakala peniaga di Shopee& Lazada ada berapa kerat je jika dibandingkan dengan pengguna Shopee. Oleh yang demikian, saya tidak takut & runsing untuk berkongsi ilmu ini di dalam artikel-artikel yang telah saya kongsikan sebelum ini. Ramai juga yang salah faham tentang konsep bisnes di Shopee. Mereka berpendapat, untuk memulakan bisnes di Shopee memerlukan modal yang besar dan mustahil jika tidak memiliki produk sendiri...
Salah satu kaedah yang digunakan oleh peniaga di Shopee adalah kaedah pre-order. Dengan teknik ini, anda boleh pelbagaikan produk jualan di Shopee. Sebagai contoh, seorang jururawat bernama Cik Hasnita berjaya buat jualan melebihi RM12 Ribu dalam masa 3 bulan, hanya dengan menjual produk pre-order. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, ingin saya terangkan dengan lebih terperinci, apa itu 'preorder', konsep preorder dan lain-lain lagi. Apa itu Pre-order?.. Preorder adalah salah satu teknik dropship namun tempoh penghantaran mengambil masa yang lebih lama. Ini kerana kebanyakan produk pre-order kebanyakannya d diimport dari China. Kebiasaannya, produk preorder di ambil dari laman jualan online di China iaitu taobao.com. Sebagai contoh, berikut adalah beberapa harga produk di laman taobao.com. Mitos Berkenaan Produk Import China.. Di zaman serba canggih ni, masih ramai yang berfikiran skeptikal bahawa untuk membeli produk da...